RAHSIA BANYAKKAN SUSU IBU

Pada 01:56  |  Tiada Ulasan


RAHSIA BANYAKKAN SUSU IBU

Ingin misi anda berjaya. Ya melaksanakan Misi Perjuangan Penyusuan Secara Eksklusif utk simanja anda.

Tak susah... Dengan Bismillahirahmanirahim, Niat kan di hati anda ketika hamil atau di awal kelahiran untuk melaksanakan amanah yang Allah beri untuk menyusukan bayi anda anda secara eksklusif. Carilah ilmu penyusuan dan laksanakan aktiviti penyusuan  Ibu-ibu kena berani try & error. Mencuba posisi terbaik menyusukan, makanan apa yang menganggu pengeluaran susu, waktu terbaik mengepam dan lain-lain lagi.

  • Bagaimana mereka yang dah berjaya lakukannya? 
  • Apa rahsia mereka?
  • Anda nak tahu? 



Mari sini saya kongsikan.... kerana saya juga adalah ibu yang berkerja melaksanakan misi penyusuan secara eksklusif...

hanya dengan tips-tips ini sahaja .. In sha Allah 
  1. Pasang niat mahu menyusukan anak hingga 2 tahun. Niatkan menyusukan anak kerana nak penuhi syariat Islam. Bukan sebab sayangkan anak. Ibu yang bagi susu formula juga sayangkan anak mereka.
  2. Letak target jangka masa panjang (2 tahun).
  3. Buat juga target 6 bulan (sepanjang 2 tahun). Bagi memotivasikan diri ibu.
  4. Belajar, belajar, belajar. Pergi kelas asas penyusuan atau kelas 'internet'. Ajak suami belajar sekali.
  5. Cari kawan-kawan seangkatan. Join kumpulan sokongan.
  6. Dapatkan alat kelengkapan mengepam susu.
  7. Rooming-in dengan bayi lepas melahirkan.
  8. Susukan bayi sejurus selepas bayi lahir. (Jangan expect susu memancut waktu nie, masa nie yang ada hanya kolostrum. Dan bayi tak perlu sangat susu ibu, yang dia perlu dakapan hangat ibu ke dada. Nak lagi best biarkan bayi membuat 'breast crawl').
  9. Susukan bayi sekerap mungkin. Tak perlu tunggu 2 jam sekali. Susukan saja bila bayi nak. (Jika bayi jenis yang gemar tidur. Kejutkan bayi untuk menyusu. Jangan pula ibu bantai tido sekali).
  10. Makan makanan yang berkhasiat. Piramid makanan yang lengkap. Nak lebih bagus ambil Set Penyusuan Shaklee. Insyallah semua vitamin dan mineral ibu dapat, bayi juga menikmati melalui susu ibu. 
  11. Minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter. Barulah berkesan rahsia cara banyakkan susu ibu nie.
  12. Bila dan mula berkerja. Buat jadual mengepam (3 jam sekali). Jangan buat je, pastu ke laut. Cuba berdisiplin ikut jadual.
  13. Elakkan stress di tempat kerja (B Complex Shaklee bantu elak stress).
  14. Cari perkara yang menyeronokkan waktu mengepam. Tengok video atau gambar anak. Baca buku. Atau bacalah Al-Quran atau berzikir.
  15. Jangan harap tidur nyenyak 8 jam di waktu malam. Ibu perlu bangun sekali waktu ini. Waktu ini hormon prolaktin (hormon pengeluaran susu) sangat tinggi. ( antara 12.00 pagi hingga 5.00 pagi) Tak perlu lama, 15 minit pun cukup. (Psst jangan bagi alasan, anak saya memang menyusu sepanjang malam. Tapi tahukah ibu bahawa masih banyak lebihan susu yang si manja tak hisap. Jika tak dipam, makanya tiadalah signal dihantar ke otak untuk menghasilkan lebih susu. 
  16. Tak usah bandingkan susu ibu lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur.
  17. Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.

Tips -tip khas spesifik bagi Rahsia Banyakkan Susu Ibu:


  • Kekerapan mengepam ketika berjauhan dengan bayi
    Mostly, mereka adalah ibu yang bekerja. Maka mereka tahu bahawa mereka perlu mengepam di ofis untuk dibekalkan kepada anak yang ditinggalkan seharian.Mereka mempunyai jadual mengepam yang rutin. Biasanya 3 / 2 jam sekali setiap hari. Jadual ini diikut dengan konsisten agar rangsangan sentiasa ada bagi mengekalkan jumlah 'supply' susu badan yang banyak
  • Minum 3 liter air seharian.
    Ini Perlu. Anda rasa mustahil untuk minum sebanyak 3 liter air? Mereka boleh, kenapa tidak anda. Tujuan utama minum banyak air bagi ibu-ibu menyusu adalah untuk mengembalikan kuantiti air yang hilang dari badan melalui sistem perkumuhan, untuk mengelakkan dehidrasi, keletihan dan sebagainya. Meskipun tiada kajian menunjukkan minum banyak air boleh menambah kuantiti susu perahan, sekurang-kurangnya ibu menyusu bersedia untuk tidak berdepan masalah kekurangan air. 

    Ada banyak tips minum air yang boleh diikut untuk memenuhi keperluan tubuh. 
    Antaranya yang saya sendiri amalkan ialah: Minum segelas atau dua gelas air setiap kali sebelum solat 5 waktu. 1 gelas air bersamaan 250ml air. Jika anda minum 2gelas, setiap kali sebelum solat, anda dah pun minum 2500ml air. Senang bukan? Belum termasuk lagi air yang anda minum sebelum atau selepas makan.

Berdoa dan memohon kepada Allah agar diberikan susu ibu yang banyak 

Setiap usaha sebaiknya diiringin dengan doa kepada Allah. Mohon izinNya dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah susu ibu. Perkaitan antara amalan kerohanian juga seringkali merupakan salah satu 'success factor' pada penyusuan susu ibu. Apabila ibu dekat dengan Allah, hatinya lebih tenang, moodnya lebih gembira dan sekaligus akan membantu penghasilan susu yang lebih lancar.



Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60

Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."


  • Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & dibuat minum.
Itu antara tips-tips yang bukan rahsia lagi. kerana terbukti banayak ibu-ibu di luar sana termasuk saya sendiri sangat berjaya kerana kami (ibu-ibu) bersungguh-sungguh berusaha dan yakin dengan apa yang kami usahakan.


Bonus juga bagi ibu-ibu yang  mengamalkan Set Breastfeeding Shaklee seperti saya dan sahabat-sahabat yang lain.

So ibu-ibu sekalian, jom kita fokus pada tips-tips utama untuk banyakkan susu ibu ini dahulu sebelum mencuba sebarang 'milk booster' di pasaran.

Nanti saya akan kongsikan tentang Power Pumping (< klik disini). Salah satu teknik untuk mengembalikan susu ibu yang merudum.

Hubungi saya untuk konsultasi produk dan pesanan vitamin! 

Love to sharing... 


012-4975967(ALYN HAKIM) (call / sms)
 atau
 email Umminassbizon9@gmail.com
like/add/ pm https://www.facebook.com/Uminass.Shopaholic

Kongsi
, Diterbitkan Oleh Unknown
Tentang Pengarang

Alyn Hakim
ID SHAKLEE : 918326
Sebarang Pertanyaan @ Tempahan Produk Shaklee di Kawasan Utara
Boleh Hubungi di Talian : 012-4975967
Facebook: FB UmiNasnaa.Shopaholic

Sebarang Ulasan Dengan
Atau
Sila Buat Pilihan Anda.
    Recommend on Google

Mutiara Kata

" Segala artikel dan gambar yang terdapat dalam blog LifeUp-2u ini adalah dari pengalaman sendiri dan dari pengalaman rakan-rakan SHAKLEE sendiri, tiada rekaan bagi setiap artikel yang dikeluarkan, kami harap segala perkongsian dapat memberi manfaat yang baik untuk kami dan anda semua"

LifeUp-2u
TemplatesDi Kuasakan Oleh LifeUp-2u.