SENYUMLAH ... wahai kesayangan Allah :)
1. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Janganlah kamu
meremehkan kebaikan apa pun, walaupun
sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.
2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang
seluruh tubuh melalui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita
tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui
sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang
tinggi ke otak.
3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika
mengerutkan dahi.
4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang
mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih
selesa dengan diri sendiri.
5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai
manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar
degupan jantung meningkat. Seterusnya,
kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.
6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi
7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti
Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress
yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik
akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Apabila
kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam
badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang
menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).
9. Senyuman juga mampu merendahkan
tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak
langsung merangsang proses
penyembuhan.
10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia
badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.
11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem
pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam
abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua
belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat
baru.
12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan
pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.
13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan
memulakan sebuah ukhuwwah.
14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf
dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi
mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian
menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).